“Saya Dalam Proses Failkan Cerai” – Isteri Shuk Sahar Dedah Sudah Sebulan Tinggal Berasingan

Hiburan

“Saya Dalam Proses Failkan Cerai” – Isteri Shuk Sahar Dedah Sudah Sebulan Tinggal Berasingan

Konflik rumahtangga pelawak dan pengacara terkenal, Shuk Sahar sekali lagi diperkatakan apabila dia didakwa keluar ‘dating’ bersama perempuan lain.

Shuk Sahar
2 years ago

Tak Serik-Serik, Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal Lama, Netizen Tolong 'Report' Dekat Isteri

Advertisement

Perkara itu didedahkan sendiri isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera menerusi perkongsian di Instagram Story.

Terbaru, Rossa Sera ketika dihubungi wartawan berkata, dia dan suami sebenarnya sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan kini dalam proses untuk memfailkan penceraian.

Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.

shuk sahar bercerai

Jelas wanita kelahiran Sabah ini, dia nekad bercerai selepas hampir lima tahun konflik rumah tangga tidak berkesudahan.

Dakwa Rossa Sera lagi, suami sering memanipulasi keadaan membuatkan dia memaafkannya berkali-kali. Apabila kecurangan sudah terbongkar, pengikut sendiri yang berkongsi hal berkaitan suami kepadanya.

Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.

Katanya, kali ini dia nekad dengan keputusan untuk bercerai. Tempoh sebulan berjauhan memberikannya ruang untuk berfikir dengan lebih dalam.

Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)

Mengakhiri perbualan, Rossa Sera berkata keluarganya sama sekali tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana segala keputusan yang dibuat terletak di tangannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...