“Badan Kau Tunjuk Akan Terbakar Di Neraka!” – Niat Nak ‘Body Positive’, Sharifah Sakinah ‘Disekolah’ Netizen

Hiburan

“Badan Kau Tunjuk Akan Terbakar Di Neraka!” – Niat Nak ‘Body Positive’, Sharifah Sakinah ‘Disekolah’ Netizen

Sebut saja nama selebriti sensasi, Sharifah Sakinah, sudah pasti topik yang akan menjadi perbualan orang ramai mengenai dirinya adalah penampilan yang sering dipaparkan olehnya di laman media sosial.

Seperti baru-baru ini, Sakinah atau mesra dipanggil sebagai Kinah ada memuat naik satu video di Instagram. Dimana, dalam video berkenaan, dia telah mempamerkan tubuhnya untuk memberitahu orang ramai agar menjaga tubuh badan.

Advertisement

Di dalam perkongsiaan video itu, kelihatan Kinah menunjuk beberapa sisi tubuhnya sambil membuat ‘posing’ yang boleh dikatakan agak seksi untuk tontonan umum.

Seakan sudah lali dengan kata-kata yang dilontarkan oleh netizen mengenai dirinya, Kinah langsung tidak mengambil endah biarpun dikecam teruk oleh netizen di ruangan komen video terbabit.

Ramai netizen yang mempersoalkan cara pemakaian pelakon tersebut dan memohon agar dia menutup sedikit biarpun masih tidak menutup aurat dengan sempurna.

komen Instagram

Malah, terdapat satu komen ‘pedas’ memerli Sakinah bahawa tubuhnya akan terbakar di neraka seandainya dia masih memaparkan gambar ataupun video dirinya berpakaian seksi di laman media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kerja Saya Jual Badan, Nak Tunjuk Otot Memang Kena Tunjuk Aurat" - Sharifah Sakinah Tapis IG 'Request'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...