“Badan Gemuk Serupa B*bi” – ‘Body Shaming’ Waktu ‘Live’ Di FB, ‘Influencer’ Kena Bayar Ganti Rugi RM100K

Trending

“Badan Gemuk Serupa B*bi” – ‘Body Shaming’ Waktu ‘Live’ Di FB, ‘Influencer’ Kena Bayar Ganti Rugi RM100K

Akibat menghina bentuk fizikal atau ‘body shaming’ seorang individu di media sosial ketika membuat ‘live’ pada Ogos 2020, pempengaruh wanita ini diarahkan untuk membayar ganti rugi dan kos guaman.

Menurut laporan, pempengaruh dikenali sebagai Eira Aziera itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk membayar ganti rugi RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada mangsa, Suharnizan Md Sidek.

Advertisement

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas perbicaraan penuh dijalankan selama 5 hari dari 24 hingga 28 Oktober tahun lalu secara dalam talian.

Mahkamah juga memerintahkan Noorazira untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial miliknya dan hendaklah dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.”

Untuk info, Suharnizan yang juga seorang Pesuruhjaya Sumpah itu telah memfailkan saman menuntut lebih RM2 juta terhadap pempengaruh berusia 39 tahun itu pada 13 Oktober 2020.

Jelas Mohd Rasheed, dia berharap kes ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati di mana-mana platform media sosial.

Menerusi video yang tular tersebut, Eira telah menghina bentuk fizikal Suharnizan ketika sesi ‘live’ di Facebook dengan menyamakannya seperti haiwan. Rakaman itu tular sekaligus mengundang pelbagai kecaman daripada warganet di media sosial yang menyelar Eira kerana mulutnya yang biadap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pautan di bawah.

3 years ago

'Body Shaming' Dan 'Downgrade' Hidup Orang Lain, DJ S**** FM Dikritik Sebarkan 'Mood' Negatif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...