‘Body Shaming’ Dan ‘Downgrade’ Hidup Orang Lain, DJ S**** FM Dikritik Sebarkan ‘Mood’ Negatif

Kehidupan

‘Body Shaming’ Dan ‘Downgrade’ Hidup Orang Lain, DJ S**** FM Dikritik Sebarkan ‘Mood’ Negatif

‘Body shaming’ atau ‘downgrading’ selalunya menjadi ‘content‘ yang kerap kali digunakan sebagai bahan jenaka walaupun perkara berkenaan boleh mengguris hati seseorang.

Sama seperti apa yang dikongsikan oleh sebuah stesen radio di mana topik yang dinamakan “Dulu lain sekarang lain!” menceritakan tentang hidup seseorang pada zaman lepas dan waktu sekarang.

Advertisement

Apa yang membuatkan topik itu sensitif apabila penyampai radio dan pendengar turut serta mengata kenalan sesama sendiri dari segi rupa paras mahupun pekerjaan yang dilakukan.

Susulan perkara itu, Dr Syahr Musafir menegur segmen berkenaan yang berlandaskan perkara negatif dan merosakkan ‘mood‘ di awal pagi.

Tambahnya, segala-galanya, seperti pendidikan, paras rupa , populariti, kekayaan adalah semuanya pinjaman Allah SWT sahaja.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa semua pekerjaan adalah mulia daripada menjadi seorang cikgu sehinggalah suri rumah kerana pekerjaan tersebut tidak ada kekurangan atau kehinaan pada kerjaya itu.

Dia juga menerangkan bahawa mempunyai badan yang gemuk, kurus, kulit kusam, kulit cerah, kerja eksekutif ataupun CEO bukanlah suatu masalah tetapi sebaiknya sebarkanlah ‘mood’ positif di awal pagi.

Fazley Yaakob di 'body shaming'
7 bulan lalu

"Pernah Kena Penampar Chopping Board?" - Geram Di 'Body Shaming', Fazley Yaakob 'Sound' Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...