“Baca Surah Al-Madiah Baru Sembang Dengan Saya” – Fezrul Khan Berang Anjing K9 Peliharaan Mati Diracun

Hiburan

“Baca Surah Al-Madiah Baru Sembang Dengan Saya” – Fezrul Khan Berang Anjing K9 Peliharaan Mati Diracun

Pelakon Fezrul Khan meluahkan rasa kecewa dan marahnya di Instagram terhadap individu yang membunuh anjing peliharaannya jenis K9.

1 year ago

Buat IG Story Pasal Haiwan Peliharaan, Fezrul Khan Pelihara Anjing Ke?

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Fezrul memuat naik gambar anjing berwarna hitam yang diberi nama Bobo itu. Difahamkan, Bobo mati akibat diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab di kebunnya baru-baru ini.

Pelakon telefilem Dania itu turut mempersoal tindakan individu terbabit membunuh anjingnya dan mengaitkannya dengan isu pahala serta surah Al-Maidah.

Bukak Al Quran baca surah Al-Maidah baru sembang dengan saya. Kira membunuh anjing saya dapat pahala berganda-ganda?”

Fezrul turut berkata anjing jenis K9 itu merupakan haiwan yang sangat bijak kerana banyak digunakan oleh pihak polis dalam misi menyelamat atau mencari.

Disebabkan itulah harga bagi seekor anjing K9 dikatakan sangat mahal. Tambahnya lagi, setiap ciptaan Allah semua bersebab dan dia berharap individu tersebut mendapat balasan daripadaNya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...