Buat IG Story Pasal Haiwan Peliharaan, Fezrul Khan Pelihara Anjing Ke?

Trending

Buat IG Story Pasal Haiwan Peliharaan, Fezrul Khan Pelihara Anjing Ke?

Pelakon Fezrul Khan atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi Khan memuat naik video memperlihatkan dia sedang memegang seekor anjing.

Menerusi laporan xtra, dapat didengari Fezrul memanggil anjing yang dipercayai haiwan peliharaannya dengan nama Chibi.

Advertisement

Anjing tersebut juga dipercayai telah dilatih oleh pelakon filem Minyak Dagu itu kerana dapat dilihat haiwan berkenaan mematuhi arahan yang diberikan.

Walau bagaimanapun, Instagram Story itu telah pun dipadam oleh Fezrul dan tiada sebarang info daripada pihak pelakon itu berkaitan haiwan peliharaannya.

Sekadar info, menurut mazhab Syafie umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja dan menajiskan diri tanpa tujuan dalam Islam adalah haram di sisi Islam.

Dalam pada itu, umat Islam turut dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan kerana Islam mewajibkan pengikutnya menjaga kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal supaya tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

Fezrul Khan
2021-10-14 15:01:22

"Tiada Siapa Mahukan Saya.." 5 Tahun Menduda, Fezrul Khan Tak Fikir Nak Kahwin Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra