Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Azri Iskandar Senyap-Senyap Cucuk Vaksin, Ellie Suriaty Reda, Enggan Bertekak Suami Isteri

Ellie Suriaty Azri Iskandar

Pelakon dan juga pengarah terkenal, Ellie Suriaty Omar mengakui hatinya reda mengenangkan tindakan suami yang juga pelakon Azri Iskandar telah menyuntik vaksin COVID-19 tanpa pengetahuannya.

Advertisement

Kata Ellie yang lantang menolak vaksin sebelum ini, dia terpaksa akur dengan tindakan suaminya itu.

Difahamkan Azri Iskandar telah lengkap dua dos vaksin kerana tuntutan kerjanya sebagai penggiat industri seni.

Advertisement

Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya. Pada saya..saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah.

Ellie yang dihubungi sebuah media menjelaskan bahawa dia bersikap rasional kerana suaminya itu perlu keluar mencari kerja berikutan mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Tambahan pula kerjaya Azri sebagai pelakon dan FINAS telah pun menetapkan syarat untuk mereka yang terlibat dalam industri seni lengkap dua dos terlebih dahulu sebelum mula bekerja.

Dia tak happy dengan perkara ini (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah. Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya..tahu-tahu je dah dua dos vaksin.

Ujar Ellie lagi, dia enggan bertikam lidah mengenai perkara itu dan bertegas akan meneruskan pengambilan makanan sunnah bersama dua lagi anaknya.

Terdahulu, Ellie ada mengeluarkan kenyataan di mana dia menyokong tindakan kedua-dua anaknya untuk menolak vaksin malah dia sendiri mengakui turut tidak mengambil suntikan pelali itu.

Malah, Ellie telah membuat keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya dari sekolah sekiranya mereka  masih dipaksa untuk menerima vaksin tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. Hiduplagi

    September 29, 2021 at 11:14 am

    yang bagi komen berbaur sinis perli2 ellie n family..setiap perkataan dtg dr hati yg busuk..vax atau tak vax, yg tentukan kau dpt virus tu Allah saja..vax x maksum eh..ingat tu..sbb tu ramai antiv -org lain ikhtiar cara lain..dah tetiba mandatori pulak..patut buat mandatory bila benda tu betul2 berkesan..korang jawabla di akhirat kelak..

    • Anti Agamawan

      September 29, 2021 at 4:37 pm

      habis tu korg yg antivak tu takpe pulak tonggeng agama.
      telan makanan sunnah sekali je dah kebal.
      lanciau melayu.

  2. Anonymous

    September 28, 2021 at 10:05 pm

    Semua rasa diri bagus bila komen pasal keluarga ellie ni. Baru naik darjat ambil vaksin dh pandang rendah pada org yg x ambil vaksin. Hidup begini kita mahukan, BEBAS buat keputusan.

  3. Junaidi Syarif

    September 28, 2021 at 7:58 pm

    TOTALLY AGREE

  4. Anonymous

    September 28, 2021 at 7:30 pm

    sang suami tak payah takut pd bini. kau ketua keluarga. buat apa yg patut. kau masih nak keluar kerja bukan macam setengah org tak nak vaksin. takkan nak terperap dlm rumah bertahun2 sehingga covid hilang dari muka bumi

    • not her fan

      September 29, 2021 at 5:58 am

      hopefully husband dia dapat kekuatan untuk didik isteri supaya menutup aurat.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top