Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Amal Makanan Sunnah Dan Tolak Vaksin, Ellie Suriaty Hormat Keputusan Anak

Ellie Suriaty

Aktres Ellie Suriaty memaklumkan bahawa dia menghormati apa jua keputusan kedua anaknya yang baru-baru ini menolak untuk menerima suntiakn vaksin COVID-19.

Advertisement

Sebelum ini, kedua anak Ellie iaitu Azrell Omar Azri Iskandar,17 dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar,12, telah membuat laporan polis sebagai ‘perlindungan’ jika mereka dipaksa untuk mengambil vaksin itu kelak.

Ellie SuriatySumber : Google  

Dia yang juga isteri kepada pelakon Azri Iskandar berpendapat bahawa tempoh masa untuk menghasilkan vaksin adalah terlalu cepat dan kini memilih untuk mengamalkan makanan sunnah dalam mencegah COVID-19.

Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin untuk mencegah, baik, dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semula jadi. Pagi-pagi saya sekeluarga akan minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kulit kayu manis.Tengahari kita minum habbatus sauda atau sumac yang dicampurkan dalam air atau masakan. Inilah cara kita, mungkin orang cakap kolot tapi sunnah Rasullulah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. Jadi saya takkan ambil vaksin.

Ellie dalam pada itu meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang mencerca kedua anaknya hanya kerana menolak suntikan vaksin di media sosial.

Advertisement

“Saya dah biasa kena kecam sejak jadi pembangkang, jadi saya dah biasa. Selagi you bercakap menggunakan fakta, pada saya bila netizen kecam, kita tak mahu bergaduh. Azrell tiada niat nak menghasut orang supaya tolak vaksin. Kesian kat dia. Tapi saya tak boleh stop dia daripada berkata perkara yang benar.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Azrell dan Azreen telah hadir di Balai Polis Taman Melawati bagi membuat laporan polis atas dasar hak mereka untuk menolak vaksin yang dilaksanakan terhadap pelajar sekolah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    September 8, 2021 at 12:04 pm

    org x kesah pon pasal org xnak vaksin ke, anti vaksin ke, tapi jangan ambil hak orang yang nak ambik vaksin.. tu pilihan dia, so hormatla pilihan masing2.. tapi jangan marah kalau orang dah vaksin dapat kelebihan lebih dari orang x vaksin naa…

  2. Amanah

    September 3, 2021 at 3:09 pm

    kan prosafe? sbb x ikut kempen kerajaan? kalau jadi apa2 serious effect kt badan u..siapa yg akan bertanggungjawab? nk tanya sikitla..simple je soalan ni..kkm/gomen/doc yg cucuk u..semua xnak bertanggungjawab..effect dia bukan main2 woo..kalau u takat pening2 tu tadehal la..ni sesak nafas..jantung..blood clot..neuro problem..in a span of time tu xtau bila boleh kena..sbb spike protein tu has no stop button kate pakar..prosafe mungkin dah ade maklumat ni dlm kepala..dah x kisahla xleh dine in ka..masuk mall ka..sbb ni badan..amanah Allah ni..tp dgn izin Dia juga nk jadi apa2 kan..so y risk? simple..at least kalau kena cov,ade ikhtiar lain insyallah..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top