Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Azri Iskandar Maklum Terpaksa Tipu Ellie Suriaty Hendak Ke Bengkel Kereta, Padahal Ambil Vaksin

Azri Iskandar

Pelakon Azri Iskandar mengesahkan dirinya sudah lengkap menerima dos vaksin berupa Pfizer kedua-duanya sejak 16 Ogos yang lalu lagi.

Advertisement

Menurut Azri, 53, pada mulanya dia berdepan dengan dilema sama ada mahu ambil vaksin ataupun tidak, namun setelah memikirkan tentang periuk nasi keluarganya, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambilnya.

Saya risau akan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga, apabila kerajaan menetapkan syarat wajib perlu lengkap dua vaksin untuk terbabit dalam penggambaran, saya jadi semakin risau.

Katanya lagi ketika ditemu ramah oleh pihak Gempak, beliau terpaksa merahsiakan temujanji suntikan pertama dan keduanya daripada isterinya, Ellie Suriaty kerana risau akan reaksinya.

Dia (Ellie) tak tahu pun saya ada temujanji vaksin, saya tipu dia saya kata nak ke bengkel kereta.

Azri Iskandar dan Ellie Suraity

Pada masa yang sama, pelakon itu turut mengucapkan rasa syukur kerana anak ketiganya bersama perkahwinan terdahulu, Nur Anis juga telah lengkap dua dos vaksin jenis AstraZeneca.

Advertisement

Terdahulu, Ellie pernah menemani dua anaknya, Azrell Omar dan Nur Azreen membuat laporan polis atas alasan mahu mempertahankan hak mereka menolak vaksin COVID-19 yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan buat pelajar sekolah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    October 4, 2021 at 12:04 am

    Wise man. Bukan takut bini. Kalau takut, langsung x ambik. Smart man sbb avoid conflict. Why berdebat dgn orang yg dah mmg kita tahu pendiriannya? Buat gaduh besar je. Dah cucuk takkan boleh keluarkan balik.

    • tecit

      October 4, 2021 at 8:49 am

      stuujuuu. xluak mane pon gadoh dgn depa ni. yg penting buat. dah buat selamat.

  2. Junaidi Syarif

    October 1, 2021 at 7:48 pm

    TOTALLY GOOD AND BETTER THAN HIS WIFE, ELLIE SURIATY

  3. Anonymous

    October 1, 2021 at 1:12 pm

    kesiann smp cmtu skali takotnye kt bini

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top