Pelakon Azri Iskandar mengesahkan dirinya sudah lengkap menerima dos vaksin berupa Pfizer kedua-duanya sejak 16 Ogos yang lalu lagi.
Menurut Azri, 53, pada mulanya dia berdepan dengan dilema sama ada mahu ambil vaksin ataupun tidak, namun setelah memikirkan tentang periuk nasi keluarganya, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambilnya.
Saya risau akan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga, apabila kerajaan menetapkan syarat wajib perlu lengkap dua vaksin untuk terbabit dalam penggambaran, saya jadi semakin risau.
View this post on Instagram
Katanya lagi ketika ditemu ramah oleh pihak Gempak, beliau terpaksa merahsiakan temujanji suntikan pertama dan keduanya daripada isterinya, Ellie Suriaty kerana risau akan reaksinya.
Dia (Ellie) tak tahu pun saya ada temujanji vaksin, saya tipu dia saya kata nak ke bengkel kereta.
Pada masa yang sama, pelakon itu turut mengucapkan rasa syukur kerana anak ketiganya bersama perkahwinan terdahulu, Nur Anis juga telah lengkap dua dos vaksin jenis AstraZeneca.
Terdahulu, Ellie pernah menemani dua anaknya, Azrell Omar dan Nur Azreen membuat laporan polis atas alasan mahu mempertahankan hak mereka menolak vaksin COVID-19 yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan buat pelajar sekolah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.