Susulan perkara itu, isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sekali lagi menjadi ‘perisai’ dan mempertahankan suaminya. Menurut Faye, Azmi bukanlah seorang yang berkira ataupun kedekut dan tidak teragak-agak untuk berkongsi rezeki yang lebih dengan setiap anak-anaknya jika benar mereka hidup mewah seperti yang didakwa oleh Elly.
Faye juga membidas beberapa komen netizen yang mempersoalkan Azmi yang culas menunaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah seperti yang diperintah oleh mahkamah. Jelas Faye, Azmi hanya membayar nafkah mengikut kemampuannya.
Terdahulu, Elly menerusi akaun Instagramnya menuntut nafkah serta wang perbelanjaan hari raya daripada Azmi. Kata Elly, bekas suaminya itu sudah semakin berjaya dan kini mempunyai syarikat produksi sendiri. Namun, masih berdegil untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan memberikan alasan tidak mampu memberikan nafkah sebanyak RM1500 kerana menanggung kos bulanan motor besarnya.