“Azmi Masih Terkejut, Namun Reda Dengan Pemergian Anak..” – Pengurus Peribadi

Hiburan

“Azmi Masih Terkejut, Namun Reda Dengan Pemergian Anak..” – Pengurus Peribadi

Semalam, media hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergian cahaya mata kepada penyanyi Caliph Busker, Azmi Saat dan isteri yang baru sahaja dilahirkan kira-kira tiga hari yang lalu.

Azmi Saat dan Isteri
3 years ago

Perasaan Bercampur Baur, Azmi Saat 'Excited' Dapat Pegang Anak Sendiri Setelah 10 Tahun Menanti

Advertisement

Menurut pengurus Azmi, Syah Rahman memaklumkan bahawa penyanyi itu sedia maklum dengan keadaan anak sulungnya itu sebaik sahaja dilahirkan.

Azmi dan isteri reda dengan pemergian anak yang mereka tunggu selama 10 tahun ini. Apa yang diberitahu sejak 27 September bayi itu dilahirkan, Azmi dah sedia maklum mengenai anaknya, tidak seperti bayi normal.

 

Tapi mereka cuba kuat, berdoa dan terus berdoa agar ada keajaiban. Saya pun tidak dimaklumkan bila tanya dia cakap semua okay, isteri okat. Dia cuba tak nak bagitahu, cuma semalam (Rabu) dia ada masuk dalam group minta doakan Afnan sebab akan dicabut bantuan pernafasannya.

Jelas Syah lagi, bayi yang diberi nama Khairul Afnan itu mempunyai sedikit komplikasi pada bahagian otak dan tidak dapat berfungsi seperti biasa lalu menyebabkan pernafasan tidak dapat dipam ke seluruh badan.

Azmi dan pasangannya juga difahamkan masih terkejut dengan peristiwa itu dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa terutamanya isteri penyanyi itu dan hanya mahu menghabiskan masa bersama suaminya pada waktu ini.

Syah juga memberitahu bahawa Azmi memohon agar diberikan ruang dan menangguhkan seketika jadual kerja yang dijadualkan untuknya.

Terdahulu, isteri Azmi, Nazira telah melahirkan cahaya mata pertama mereka menerusi kaedah pembedahan di sebuah perubatan swasta.

Bayi yang diberi nama Khairul Afnan itu lahir dengan berat 3.3 kilogram dan merupakan cahaya mata pertama buat Azmi dan Nazira setelah hampir 10 tahun menanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...