Pelawak terkenal, Azlee daripada kumpulan Senario khabarnya kini menjalankan perusahaan di sebuah pasar tani dengan menjual buah-buahan tempatan.
Perkara tersebut diuar-uarkan beberapa individu berlainan di media sosial Twitter di mana ciapan tersebut meminta netizen terutamanya peminat kumpulan Senario untuk menyokong perniagaan Azlee dengan membeli buah-buahan yang dijualnya.
View this post on Instagram
Difahamkan, Azlee ada membuka gerai buah-buahan itu di tapak pasar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
Terdahulu, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Jaafar,53, yang ditemui sebuah media memaklumkan bahawa dia ada dikunjungi jiran-jiran kawasan perumahan untuk meminta bantuan seperti beras kerana kesempitan hidup disebabkan oleh PKP.
Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. ??
Lokasi: tapak pasar SAUJANA UTAMA pic.twitter.com/iJ19sQFrqr
— FoodPornMalaysia (@MalaysianFoods) August 7, 2021
Ujarnya, ramai penduduk di kawasan tempat tinggalnya itu hilang pekerjaan dan mengalami pemotongan gaji akibat penularan wabak COVID-19.
Dia yang turut menjadi sukarelawan dan aktivis NGO, Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam pernah mengedarkan pek bantuan makanan asas kepada penduduk terjejas sekitar kejiranan Lili, Saujana Utama.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.