Nasihat dari penyanyi, Azlan Typewriter untuk tidak mendaki bukit atau gunung ketika musim hujan sekarang ini selepas kakinya kirinya patah akibat tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki di Sungai Batangsi, Semenyih, Selangor, semalam.
Ketika dihubungi Kosmo! Online, Azlan atau nama lengkapnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memberitahu, kejadian berlaku ketika dia bersama empat lagi rakannya hendak menuju ke sebatang sungai melalui cerun yang agak tinggi.
Ketika hendak ke sungai itu, tiba-tiba saya tergelincir akibat terpijak kawasan tanah licin sehingga menyebabkan saya terjatuh ke bawah cerun.
View this post on Instagram
Katanya lagi, ketika jatuh, kakinya terhentak seketul batu yang agak besar sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat dan telah menjangkakan kakinya patah, lebih-lebih lagi apabila melihat keadaan kaki yang sudah terkulai.
Menurut Azlan, doktor yang merawatnya memberitahu, bahagian buku lali dan tulang di belakang kaki kirinya patah dan perlu menjalani pembedahan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Lagu Untukmu itu mengucap rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain bernasib baik kerana mempunyai kawan-kawan ketika kejadian malang tersebut berlaku.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.