Gara-Gara Seekor Biawak, Kaki Isteri Pelakon Izzue Islam Bengkak Dan Lebam

Hiburan

Gara-Gara Seekor Biawak, Kaki Isteri Pelakon Izzue Islam Bengkak Dan Lebam

Gara-gara melarikan diri daripada seekor biawak, Awin Nurin yang merupakan isteri kepada pelakon Izzue Islam telah mengalami kecederaan kecil iaitu bengkak dan lebam.

Mungkin kerana terlalu panik, Awin dikatakan telah terjun dari tangga ke bawah rumah dan kemudiannya terjatuh dan mengalami sedikit kecederaan.

Advertisement

Perkara itu telah didedahkan oleh Izzue menerusi laman instagram miliknya yang memaparkan isterinya itu berjalan terhincut-hincut dan kelihatan kaki Awin sedikit berbalut.

 Dalam entri berkenaan juga, Izzue memberitahu kepada peminat bahawa doktor telah menasihatkan jika bengkak di kaki isterinya itu tidak surut, kemungkinan tulang kaki mengalami retak atau patah dan perlu menjalani imbasan X-Ray kemudian hari.

“Dah pergi klinik doktor cakap kalau lagi dua hari bengkak tak susut dan masih sakit, disarankan untuk pergi x-ray pula. Takut tulang kaki dia retak atau patah. Doakan Awin ya, dia tengah sakit tu tapi kuat,”

 Untuk info, seekor biawak dikatakan telah memasuki rumah mereka tanpa disedari. Malah, sebelum ini Izzue ada berkongsi sebuah video memaparkan kelibat biawak itu sedang berada dalam rumahnya.

Apa-apapun, semoga cepat sembuh Awin! Banyakkan berehat supaya pulih sepenuhnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...