Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan dengan wang bernilai ratusan ribu ringgit hanya semata-mata untuk tidur bersama oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menganggap ianya sebagai asam garam bergelar anak seni, Azharina yang lebih mesra disapa sebagai Nina,36, mengatakan bahawa dia telah menerima cabaran-cabaran seperti itu sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan tempatan.
Ujarnya lagi, dia walau bagaimanapun berasa agak ‘tersekat’ disebabkan oleh karier yang digalas meskipun ianya melibatkan maruah diri dan keluarga
Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar walaupun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga. Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis.
Jelas juara Gegar Vaganza musim ke-3 ini lagi, dia bukanlah orang yang sebegitu dan selalunya pembantu peribadi yang banyak membantunya menghadapi ajakan seperti itu.
Dia dalam pada itu sempat menyampaikan pesanan kepada wanita di luar sana agar lebih pandai membawa diri terutamanya dalam karier masing-masing serta tidak membiarkan orang lain mengambil kesempatan terhadap diri mereka.
Malah, dedahnya lagi, dia pernah menghadapi situasi di mana ada penyanyi baru dikehendaki untuk melakukan hubungan seksual dengan komposer hanya untuk bergelar artis atau untuk mengeluarkan album terbaru.
“Namun saya tidak tahu kesahihan itu sejauh mana. Saya rasa dia (artis wanita) itu pun terus menjauhkan diri daripada komposer tersebut selepas insiden itu.” ceritanya lagi.