February 5th, 2015

Nampaknya kemelut antara Rania Marketing dan Azad Jazmin serta isterinya, Eira Syazira semakin meruncing. Sebelum ini suami isteri ini telah memaklumkan yang mereka sudah tiada ada kaitan lagi dengan perniagaan milik Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy itu. Namun pemilik Rania Marketing itu telah tampil di rancangan Melodi dan Galaksi serta mendakwa Azad melarikan sejumlah wang kepunyaan syarikat tersebut.

azad jasmin

Terkejut dengan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah itu, Azad Jazmin telah membuat laporan polis terhadap pemilik Rania Marketing di Balai Polis Puchong petang semalam. Kata Azad:-

Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah. Setakat ini, kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan. Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.

Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya

azad jazmin

Fuh~~ Abang Nara tak dapat bayangkan kerugian yang dialami oleh 1,000 orang tersebut. Mesti ada yang buat pinjaman bank, gadai tanah dan sebagainya. Mesti mereka terkontang-kanting sekarang ini. Duit habis puluh-puluh ribu, tapi pulangan sesen pun tak ada. Orang Melayu kita juga yang kena tipu. Sedih sungguh!!! Nasihat Abang Nara, kalau ada pelaburan yang menjanjikan untung tak masuk akal, tak perlulah masuk. Kemungkinan besar ia adalah satu penipuan. Untung tak dapat, duit hilang lesap. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...