Kami Berdua Tidak Ada Kena Mengena Dengan Rania Marketing Lagi – Eira Syazira & Azad Jazmin

Hiburan

Kami Berdua Tidak Ada Kena Mengena Dengan Rania Marketing Lagi – Eira Syazira & Azad Jazmin

MLM kalau tak kena caranya, memang boleh lebur beribu-ribu duit yang dilaburkan. Ramai orang kita yang sudah tertipu dengan janji-janji manis sesetengah MLM. Kesian juga dengan nasib yang menimpa mereka ini. Namun itulah akibatnya tidak membuat kajian dengan lebih mendalam. Terbaru, pasangan suami isteri, Azad Jazmin dan Eira Syazira memaklumkan yang mereka sudah tiada kaitan dengan perniagaan Rania Marketing selepas beberapa individu mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.

rania marketing

Advertisement

Azad Jasmin dan Eira Syazira bakal mengadakan sidang media tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara ini. Untuk makluman, lebih kurang 1,000 orang telah mendaftar di bawah pasangan suami isteri ini yang tidak mendapat pulangan selepas melabur. Kata Eira:-

Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka.

rania marketing

Antara artis lain yang menyertai perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran ini adalah Keith Foo dan Shaheizy Sam. Difahamkan Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani. Pastinya pihak syarikat Rania Marketing akan tampil menjelaskan keadaan. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...