Written by serenity | March 1st, 2016

Ayda Jebat telah berjaya merangkul empat anugerah semasa majlis Anugerah Meletop ERA yang berlangsung malam Ahad lepas. Namun antara yang mengejutkan ialah kemenangan Ayda mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dalam kategori Penyanyi Meletop.

Kemenangan Ayda mendapat pertikaian hebat netizen yang menganggap dia tidak layak memenangi anugerah tersebut apabila dibandingkan bakat  dan popularitinya dengan diva tersohor itu. Malah ada yang membuat tanggapan bahawa Ayda menang kerana dia ialah duta kepada produk Aura White yang menaja majlis pada malam tersebut.

Melalui mStar Online, Ayda menafikan perkara itu. Katanya, dia menang empat kategori tersebut hasil kerja keras peminat yang mengundinya.

Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan.

Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya.

Ayda memenagi kategori utama Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP. Melalui kemenangan tersebut Ayda membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain.

Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu.

Bagi Ayda, trofi Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Siapalah Diriku yang diterima adalah anugerah paling bermakna buat dirinya yang baharu bergelar penyanyi dan ia menyuntik semangatnya untuk terus menghasilkan karya yang terbaik dan digemari masyarakat.

Saya menangis ketika mengambil anugerah ini kerana rasa seperti mimpi. Saya bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang hebat-hebat dan ada kelab peminat yang kuat.

Kemenangan ini membuatkan saya ingin hasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada amsa akan datang. Ramai yang bertanya saya tentang lagu balada, tapi saya rasa belum sampai masanya untuk menyanyikan lagu berat.

Lagu-lagu Ayda sememangnya catchy dan mudah mendapat tempat, namun begitu ia tidak lari dari terkait kontroversi. Lagu Siapa Diriku dikatakan mempunyai persamaaan dengan lagu Meghan Trainor manakala korus lagu Pencuri Hati hampir 100 peratus  sama dengan lagu K-Pop Talk Talk Talk nyanyian N.S Yoong.

Ayda bagaimanapun menafikannya melalui BH Plus.

Giliran Randai tawan IB! Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 24 February 2016

107 responses to Ayda Jebat Nafi Menang Anugerah Meletop Kerana Status Sebagai Duta Aura White

  1. Anonymous says:

    haha…kelako! dok sibuk ckp anugerah cap ayam konon tp korg hadap gak smpi abis kan…kan…kan??!! so kalo majlis anugerah tu cap ayam, korg cap apa? itik? buaya? dinasour?oh……….

    • Lol says:

      Ni mesti geng aj screamers tu kannnn

    • Anonymous says:

      Dorang baru tau itu anugerah cap ayam SELEPAS ayda jebat terlebeyy menang..Sebelum ini dorang tengok kerana taktau anugerah ini anugerah cap ayam..kemenangan ayda jebat adalah umpama pemberitahuan bahawa anugerah ini anugerah cap ayam rupanya…wakakaka

  2. Nina says:

    gedik lain macam la AJ ni..ada dalam satu rancangan terbitan Astro tak silap aku meletop kebabom. Si Sharul tanya dia tau masak ke tak atleast goreng telor..dia boleh cakap langsung tak tau masak.pastu gelak tergedik2..nak suh nampak comel la kot..terus aku muak ngn dia ni. Gedik je!! orang pun cerdik la wei takkan la Aurawhite nak invest untuk orang lain baik kasi Duta sendiri. AME 2015 lagi best dari this year. This year memang sampah !

    • cute girl says:

      dah dia tak tahu masak dia mengaku jer lah. cakap benar pun tak boleh ke? yang salah tu kalau menipu.

  3. Anonymous says:

    Mana x menang gigih dok undi diri sendiri. Fans pulak budak2 yg bulu pon x tumbuh lagi. Apa diaorang tau!

  4. Anonymous says:

    Ambekkk…kena cop penyanyi cap ayam!!! Hahahakkkkmuah!

  5. lantaklah says:

    NS YoonG, bukan NS Yoong. Cara sebut Yoon-Ji

  6. Hello says:

    Nak pelik apa. Award dpt sbb undian ‘peminat’ lah AME ni. Klu besar kempen dia besar la undian dia dpt. Bukan sbb kualiti ke apa. Huhuh. Lain kali layan la lagi AME ni. Aku tgk Maid sampai episod ketiga je. Lepas tu stop sbb x tahan. Stop la tengok anugerah apa2 ntah ni. Kan dh frust dah masing2. Aku mampu gelak je….

  7. Kiah_Jupiter says:

    Apa2 jelah Ayda Jebat oiii! Pokok pangkal, kau dengan hakak goyang bahu tu je yg tau sama ada kau betul2 layak menang sebab kira undi or hakak tu bagi ‘hadiah pemberian saguhati kesian’ dekat kau. Sendu hidup kau Ayda, menang pun orang ‘bagi’.. denied la 1 dunia pun.. selesa ker menang sebab tipu? Iklan aurawhite pun kau cakap macam robot.. cover dagu kedua kerrr?? Tak ngapelah..aku tunggu lagu kau yg meletop tu masuk muzik2, atau nx song jelah kot yg btl2 x copy org lain.. tp kalau x tiru lagu orang, layak masuk muzik2 kottt! Kah!!! #artisdesperadotoptopmalaysia!

  8. Anonymous says:

    Anugerah ni nmpak btmbah busuk sbb ayda jebat.

  9. Zahiroh says:

    Lawak lah…penyanyi sendu menang. Ko gesel tetek kt sape plak kali ni…

  10. Anonymous says:

    Hmmm tk layak langsung tapi dah konsep undi

  11. Anonymous says:

    Sudah2lah astro buat anugerah mcm ni

  12. alice says:

    yg aku prasan, club peminat dia ni terlalu fanatik sangat2 dgn dia ni..
    ada nama dia jeee, undi/vote smpai xckup tido etc…tak kesah la kategori apa pun..
    kalau nama dia dlm kategori pelawak, aku rasa johan pun kalah…huhu
    yg fanatik2 tu macam kena pukau ke apa?? sama je over.. kesian…

    • cute girl says:

      alah FC lain pun sama jer tapi samada deyals tak ramai, atau tak coordinate. tapi bila dah kalah tak boleh terima kenyataan, serang IG orang. Kamonlah, Ayda pun kalah jugak dulu masa DFKL dan satu kategori dlm ABPBH. tapi tak ada pun fans dia meroyan meratib. dah takde rezeki terima jer lah.

  13. polka dot says:

    sida jebat pukimak..

  14. apple says:

    nyanyi live pun da haokkkkk bole plak dapat anugerah penyanyi terbaikkk… tapi tak pe dato siti tak heran pun award tu..hahaha..sebab semua bole tau sapa lagi hebat…

  15. Raj says:

    You want to know more about Ayda Jebat? Ive got a BIG and TRUE story about her!
    The truth will be out soon!