Pernah didakwa mengundi diri sendiri untuk menang dalam anugerah, kini Ayda Jebat dikatakan sering membodek produser-produser untuk berlakon dalam sesebuah drama dan telefilem.
Walaubagaimanapun, Ayda yang melangkah masuk ke dalam industri hiburan tempatan sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 9, menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan populariti yang dikecapinya sekarang adalah hasil usaha kerasnya yang tidak pernah berhenti.
Saya sedar sebelum ini namanya saya tidak melonjak naik ketika tersingkir di Akademi Fantasia 9, kini nama Ayda semakin dikenali dan popular disebabkan usaha saya yang tidak henti-henti.
Bodek membodek bukan cara saya, sebagai pelakon perlu sedar diri untuk mencari ruang dan peluang dalam dunia lakonan menerusi bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Ayda juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kariernya dan selalu mendoakan kejayaan beliau.
Bagi saya peminat adalah segala-galanya, tanpa sokongan mereka saya mungkin masih berada di takuk yang lama, kerana peminat jugalah yang memberi kejayaan kepada saya.
Saya tidak keseorangan, kejayaan yang saya kecapi adalah doa-doa mereka serta orang yang rapat dengan saya, dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang pelakon, lakukan yang terbaik di set penggambaran serta menjaga hati peminat dengan baik.
Tidak semestinya kegagalan masa lalu membuatkan kita terus gagal selamanya. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah artis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tawaran berlakon. Kata orang kalau hendak berada didalam dunia hiburan hati mau kental dan perlu berdepan dengan seribu satu kerenah manusia.