Personaliti dan pengacara TV, Hawa Rizwana mengakui dirinya masih belum dimiliki oleh mana-mana insan bergelar lelaki.
Ujar Hawa, dia tidak terlintas untuk mencari kekasih hati malah tidak juga pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini.
View this post on Instagram
Malah, katanya lagi, situasi COVID-19 sekarang menambahkan lagi sebab untuk dirinya mengabaikan sebentar soal cinta dan hanya mahu fokus kepada kerjayanya kini.
Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagi pun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki tu adalah.
Dia yang ditemui sebuah media turut diajukan soalan mengenai ciri-ciri lelaki idaman dan secara berseloroh, Hawa memberitahu bahawa bapanya ada menetapkan dua syarat jika ada lelaki ingin merisik puteri kesayangannya ini.
View this post on Instagram
Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subuh sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Yang kedua, lelaki yang tidak merokok.
Namun, bagi Hawa, dia secara peribadi mendambakan bakal suami yang boleh menerima dirinya ketika susah dan senang, memahami serta boleh memberi ketenangan saat dia berasa gelisah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.