“Dah La Cantik, Dekan Pulak Tu!” Hawa Rizwana Syukur Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78

Hiburan

“Dah La Cantik, Dekan Pulak Tu!” Hawa Rizwana Syukur Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78

Pengacara dan personaliti TV, Hawa RIzwana ada mengumumkan berita gembira di mana dia telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.

Hawa RizwanaSumber : Instagram Hawa Rizwana  

Berkongsikan berita tersebut di laman Instagram miliknya, Hawa turut memberitahu bahawa dia telah berjaya menamatkan semesterk akhirnya itu dengan markah ‘pointer’ terkumpul purata sebanyak 3.78.

Advertisement

Meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa, Hawa meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester itu.

Dalam hantarannya itu, dia sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti menyokongnya selama dia mengimbangi antara belajar dan bekerjaya.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat tampil mengucapkan tahniah buat Hawa di atas kejayaannya itu.

Tahniah diucapkan kepada Hawa, semoga sukses selalu!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...