Pelakon Aeril Zafrel baru-baru ini merakamkan ucapan istimewa dan bermakna buat anak keduanya, Hayla Adzkiya sempena ulang tahun kelahiran yang ke enam tahun.
Menulis panjang lebar di Instagram, Aeril mencuri perhatian netizen apabila dia mendoakan anak kesayangannya itu yang terbaik dan menganggap kehadiran Hayla telah menjadi pemangkin semangat buat dirinya.
View this post on Instagram
Tulis pelakon filem Sabda Kekasih itu lagi, dia berusaha untuk menjadi bapa yang terbaik dan menjaga Hayla sebagai amanah yang dikurniakan Allah S.W.T.
Bismillah, ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : Hayla Adzkiya di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6. Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan kita ‘syurga kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini turut memohon maaf jika selepas ini dia akan menjadi lebih tegas lebih-lebih lagi anaknya itu yang akan memasuki alam remaja.
View this post on Instagram
Aeril dalam pada itu juga berharap agar anak gadisnya itu akan menjadi wanita solehah dan membanggakan ibu bapa.
Demi Allah, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang..Hayla Adzkiya!
Sekadar info tambahan, Aeril dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniaka tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhdruddin Attar,8, Hayla Adzkiya,6, dan Aya Soffya yang kini berusia 9 bulan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.