“Ayah Hisap, Dia Bagi Sekali” – Dari Umur 9 Tahun Kenal Dadah, Remaja 16 Tahun ‘Jual Badan’ Bila Nak Duit

Hiburan

“Ayah Hisap, Dia Bagi Sekali” – Dari Umur 9 Tahun Kenal Dadah, Remaja 16 Tahun ‘Jual Badan’ Bila Nak Duit

Cerita ini sesuai dijadikan teladan betapa pentingnya didikan yang baik daripada ibu bapa untuk membentuk masa depan anak-anak.

Perkongsian seorang wanita di TikTok meraih perhatian apabila dia menceritakan tentang kisah seorang remaja yang mendedahkan dia tahu tentang najis dadah seawal usia 9 tahun.

Advertisement

Ketika itulah pertama kali dia tahu tentang dadah selepas disuapkan bahan terlarang oleh bapanya sendiri yang juga merupakan penagih dadah.

Saya tak terasa (nak ambil dadah) pun. Tapi sebab bapa saya yang ambil (dadah), agaknya dia taknak saya bising minta makanan, dia bagi saya (dadah) sekali.”

hisap dadah

Gambar hiasan

Menurutnya, remaja itu yang membesar di kawasan Chow Kit mengambil keputusan untuk melacurkan diri demi mendapatkan wang membeli dadah.

Kongsi wanita itu lagi, ramai kanak-kanak yang membesar di kawasan Chow Kit bergelumang dengan najis dadah di usia kecil kerana persekitaran.

Kawasan sana ada yang hisap dadah tegar. Contoh adik ini, umur dari kecil dah disuap dadah. Apabila nak beli dadah tak ada duit, terpaksa melacurkan diri.”

@podcastbdm Replying to @miro Dia bagi anak dia D4D4H.Allahuakhbar? #penjarakajang #borakdenganmiro #islam #dakwah_islam #penjarawanitakajang ? * Gentle Sad Piano Background Music – prmusic

Akibat daripada perbuatan itu, remaja tersebut disahkan hamil dan dalam keadaan sebegitu juga dia masih ketagihan dadah, membahayakan kandungan.

Bukan itu sahaja, pada usia 16 tahun dia sudah masuk dan keluar dari penjara sebanyak kira-kira 18 kali.

1 year ago

Kanak-Kanak 11 Tahun Sesak Nafas Lepas Makan Biskut, Rupanya Bapa Buat Sendiri & Campur Dengan Ganja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...