Kanak-Kanak 11 Tahun Sesak Nafas Lepas Makan Biskut, Rupanya Bapa Buat Sendiri & Campur Dengan Ganja

Kehidupan

Kanak-Kanak 11 Tahun Sesak Nafas Lepas Makan Biskut, Rupanya Bapa Buat Sendiri & Campur Dengan Ganja

Dalam kejadian yang berlaku di Gerik, Perak, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikejarkan ke klinik selepas mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Klinik Kesihatan Lawin pada 10.26 malam selepas termakan biskut disyaki mengandungi ganja yang dibuat sendiri oleh bapanya.

Advertisement

Ketika kejadian, bapa mangsa berusia 38 tahun yang juga seorang penoreh getah telah membawa anaknya itu ke klinik untuk menerima rawatan.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa termakan biskut disyaki mengandungi ganja dan kemudian mengalami simptom-simptom tersebut.

Hasil Saringan ujian awal air kencing mendapati suspek (bapa mangsa) didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).”

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya dan kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, polis telah menahan suspek serta turut merampas stok biskut berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Mak Bapak Benak" - Pasangan Dikecam 'Paksa' Anak Umur 6 Bulan Berjalan, Netizen Risau Tangan & Kaki Terkehel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...