“Ayah Dia Suruh Fikir, Tapi Dia Tetap Nak Kahwin” – Tak Dapat Restu Keluarga Punca Tash Yong & Boss Kay Nikah Luar Negara

Kehidupan

“Ayah Dia Suruh Fikir, Tapi Dia Tetap Nak Kahwin” – Tak Dapat Restu Keluarga Punca Tash Yong & Boss Kay Nikah Luar Negara

Beberapa hari yang lalu, Tash Yong mengesahkan bahawa dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama influencer, Boss Kay pada bulan Ramadan lalu, namun pernikahan mereka dilakukan di luar negara.

Difahamkan juga, lelaki tersebut telah menceraikan kedua-dua isterinya iaitu Noraini Noni dan Nursufia Johari sebelum membuat keputusan untuk bernikah dengan Tash Yong.

Advertisement

Terbaharu, live Cik Pia di media sosial meraih perhatian ramai setelah dia mendedahkan bahawa bapa mentua Boss Kay meletak syarat agar dia menceraikan dahulu kedua-dua isteri sebelum mengahwini puteri tercinta.

Bagaimanapun, Cik Pia tidak menyalahkan bapa Tash Yong dan melihat hal tersebut sebagai kebimbangan seorang bapa yang tidak mahu anaknya berkahwin dengan lelaki seperti Boss Kay.

Dia kahwin di luar negara kerana bapa dan mak dia tak setuju.. bapa dia beri syarat supaya anak tu fikir.

Malah, wanita itu turut merasakan bapa mentua Boss Kay sengaja meletakkan syarat tersebut agar anak berfikir panjang, namun selebriti itu tetap memilih untuk bersama dengan Guru TikTok terbabit.

Dedah Cik Pia lagi, keputusan untuk bernikah di luar negara adalah kerana campur tangan orang sekeliling dan tidak mendapat restu ibu bapa serta keluarga.

Bosskay Tash Yong
12 months ago

"Dia Dah Ceraikan Kedua-Dua Isteri" - Tash Yong Mengaku Dah Nikah Dengan Bosskay Di Luar Negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...