Ayah Belikan Basikal Tapi Anak Kejar Hadiah Daripada Atuk

Trending

Ayah Belikan Basikal Tapi Anak Kejar Hadiah Daripada Atuk

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak atau anak kecil ini sememangnya mempunyai perangai dan telatah mereka yang tersendiri. Ada yang petah bercakap, ada yang tidak boleh duduk diam dan bermacam-macam lagi.

Senang kata, ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah pastinya memerlukan tenaga yang banyak untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam. Namun, telatah anak kecil ini sedikit sebanyak dapat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi dalam fasa ingin mencuba perkara baru.

Advertisement

Polis sakat budak kecil
9 bulan lalu

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Budak Lelaki Disakat Polis

Telatah mereka juga mampu menghiburkan orang sekeliling yang melihatnya. Tak sah lah kalau sehari tiada perkara mereka lakukan yang menjadi hiburan bagi seluruh ahli keluarga, pasti riuh dan kecoh rumah dibuatnya.

Selain itu, ibu bapa sudah tentu bersemangat dan gembira apabila melihat anak mereka membesar malahan ada juga yang jenis sentiasa melakukan sambutan sempena meraikan hari kelahiran mereka. Bila kita cerita tentang sambutan hari kelahiran, tak sah lah kalau tak ada hadiah kan?

Anak ‘paling tadah’ daripada ayah selepas atuk datang bawa hadiah lain

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @semeqq_bndlee yang memaparkan gelagat gembira seorang budak lelaki setelah menerima hadiah daripada ayah dan atuknya.

Advertisement

“Tak payah lawan la kalau hadiah dari atuk nenek ni, memang tak akan menang”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 637.7 ribu tontonan, 65.6 ribu tanda like dan 1.4 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu yang terus turun daripada basikal selepas melihat hadiah dari atuknya.

Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk

Anak dapat hadiah dari ayah dan atuk

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan kononnya mereka kasihan melihat si ayah apabila hadiah yang diberikan kepada anaknya terus dibiarkan selepas mendapat hadiah daripada atuknya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...