Sah bernikah dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016, penyanyi rock Awie memaklumkan beliau bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada hujung minggu ini di sebuah pusat peranginan yang tertelak di pinggir Kuala Lumpur.
Majlis itu diadakan secara sederhana dan tertutup serta dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.
Majlis meraikan perkahwinan saya itu hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja untuk keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat sahaja. Majlis resepsi itu akan berkonsepkan busana Melayu kerana saya amat menyanjungi adat Melayu .
Awie dan Ladyana bernikah di Thailand dan ia merupakan perkahwinan yang ketiga buat Awie yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira dan Rozana Misbun.
Menerusi perkahwinan dengan Arni Nazira, Awie dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 17, dan Puteri Aleefa Antasha, 15,
Hasil perkahwinan dengan Rozana pula, Awie  memperoleh tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 10, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qaseh Antasha, 7.