Mengingati detik-detik cemas berkenaan, Awi dalam satu kenyataan kepada portal Astro Gempak meluahkan rasa syukur kerana beliau masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan semakin murah rezeki.
Selepas kejadian motosikal saya dilanggar sebuah kereta bulan yang lalu, saya sangat bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas. Alhamdulillah, Allah SWT lindungi dan panjangkan umur saya lagi. Malah rezeki saya dalam bidang seni semakin melimpah ruah.
Saya juga diberi kepercayaan untuk menghasilkan karya-karya baru untuk program Hey Orang Kita dan kerjasama dengan penyanyi Ayu One In A Million untuk sebuah lagu tema berjudul Beauty Till Jannah.
Malah, lagu Kalau Aku Kaya  duet bersama Altimet yang cukup popular dan menjadi siulan ramai juga mendapat pengiktirafan baru-baru ini.
Terbaru lagu duet bersama Altimet iaitu Kalau Aku Kaya juga turut mendapat pengiktirafan selepas berjaya mencecah satu juta muat turun di laman internet. Semua ini seakan satu hikmah besar buat kehidupan saya yang semakin meningkat usia.
Itulah kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Tidak sentiasa manusia ini diduga dan apa yang penting Awi Rafael jangan lupa untuk terus bersyukur atas nikmat yang diberi.