Terlibat Dalam Kemalangan : Awi Rafael Sudah Stabil

Hiburan

Terlibat Dalam Kemalangan : Awi Rafael Sudah Stabil

Pada jam 1 pagi 11 Mei lepas, penyanyi Awi Rafael terlibat dalam satu kemalangan dimana motor yang ditunggang olehnya dilanggar oleh sebuah kereta berdekatan kawasan perumahannya di Kota Kota Damansara ketika Awi dalam perjalanan ke studio muzik.

Advertisement

Menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, kejadian itu menyebabkan Awi diseret oleh kereta berkenaan dan menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki beliau.

Walaubagaimanapun, syukur pemandu tersebut tidak lari dan segera membawa Awi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Awi telah menerima rawatan sekitar jam 3 pagi dan dilaporkan stabil. Menurut doktor Awi sudah dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

Harapnya Awi akan cepat sembuh. Peringatan juga kepada semua agar lebih berhati-hati ketika memandu demi keselamatan anda dan orang lain juga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...