Selepas namanya terkait dalam isu rumah tangga, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri kini sering menjadi perhatian orang ramai.
Terkini, Shuhada atau lebih mesra disapa Shu sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik hantaran gambar memaparkan penampilan terbaharunya di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat menggayakan kemeja bercorak bunga berwarna hijau bersama seluar jeans.
Selalu ingat untuk senyum.
Difahamkan, foto tersebut diambil ketika Shuhada sedang menjalani photoshoot bersama sebuah jenama produk pelangsingan badan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengguna media sosial telah memuji penampilan terbaharu dan kecantikan Shuhada meskipun dia kini sedang hamil anak ketiga.
Bukan itu sahaja, netizen turut mengatakan usahawan Satu Tak Cukup itu semakin berseri apabila mengambil keputusan untuk bangkit semula selepas mengharungi pelbagai ujian dalam berumah tangga.
Namun, ada juga segelintir pihak yang menegur Shuhada agar memakai tudung dengan betul supaya menutup aurat di bahagian dadanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.