Alasan Suami Tak Bertanggungjawab, Puteri Sarah Pula Failkan Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Hiburan

Alasan Suami Tak Bertanggungjawab, Puteri Sarah Pula Failkan Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Nampaknya kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof terus berpanjangan selepas isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya.

Menurut peguam mewaliki Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, pelakon berusia 37 tahun itu memfailkan nusyuz terhadap Syamsul kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Advertisement

Bagaimanapun, Akberdin berkata Sarah mempunyai alasan sendiri namun tidak boleh memperincikan perkara tersebut kepada umum.

puteri sarah

Anak guam saya juga ada alasan kenapa dia memfailkan nusyuz. Ia berkenaan tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Dalam pada itu, Akberdin memaklumkan Sarah menafikan semua tuduhan mengenai dakwaan curang yang dilemparkan suaminya sebelum ini.

Berkaitan dengan jawapan nusyuz, secara ringkasnya kami katakan tidak berasas.

puteri sarah

Terdahulu, Syamsul Yusof memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu.

Dalam tuntutan tersebut, pengarah filem Mat Kilau itu mendakwa isteri pertamanya telah meninggalkan rumah sejak Oktober 2020, selain masih menghubungi bekas kekasih dan memfitnah dirinya memukul serta tidak memberi nafkah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamsul Yusof Puteri Sarah
1 year ago

"Takut Hilang Imej 'Isteri Teraniaya'.." - Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakwa PS Bersungguh Suruh Tarik Kes Nusyuz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...