“Awak Panggil Saya Musibat, Berdosa Ke Jadi Janda?” – Dituduh Kejar Publisiti, Bekas Isteri Kesal Dihina Netizen

Hiburan

“Awak Panggil Saya Musibat, Berdosa Ke Jadi Janda?” – Dituduh Kejar Publisiti, Bekas Isteri Kesal Dihina Netizen

Siapa saja yang tidak tahu dengan perkembangan cerita mengenai isu rumah tangga penyanyi veteran, ND Lala dan bekas isteri, Datin Fauziah yang berlaku beberapa bulan lalu atas sebab orang ketiga.

Bahkan, disebabkan rasa kecewa dengan tindakan bekas suami, Datin Fauziah dilihat sering kali meluahkan perasaan di media sosial serta membongkar hal yang disembunyikan oleh ND Lala.

Advertisement

Terbaru, di laman Instagram, Datin Fauziah atau mesra dipanggil Mama Zie berasa terkilan kerana terdapat seorang individu meninggalkan komen negatif membabitkan dia dan anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Awak panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Berdosa ke jadi janda?

Dapat dilihat dalam hantaran screenshot yang dimuat naik oleh wanita itu, individu tersebut mengutuk dan memberi gelaran yang tidak baik.

Fauziah turut sempat membuat telahan bahawa lelaki berkenaan ada pertalian darah dengan ‘penyondol’ yang kini merupakan isteri ND Lala.

Sekadar info, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh difahamkan, melafaz cerai terhadap Fauziah hanya melalui aplikasi WhatsApp pada 2 Ogos lalu.

Fauziah
7 months ago

"Anak-Anak Kecewa, Saya Takkan Maafkan Dia" - Fauziah Dedah Siapakah Sebenarnya Isteri Baru ND Lala

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...