“Anak-Anak Kecewa, Saya Takkan Maafkan Dia” – Fauziah Dedah Siapakah Sebenarnya Isteri Baru ND Lala

Hiburan

“Anak-Anak Kecewa, Saya Takkan Maafkan Dia” – Fauziah Dedah Siapakah Sebenarnya Isteri Baru ND Lala

Bekas isteri kepada penyanyi ND Lala, Fauziah Sarman berkata bahawa dia tidak mempunyai rasa untuk memaafkan bekas suaminya itu dan isteri, Siti Munirah.

Ujar Fauziah, dia sama sekali tidak menyangka bahawa rakan kepada anaknya sendiri iaitu Shila Amzah sehingga menjadi punca kepada kehancuran rumah tangganya.

Advertisement

Dia yang ditemui Melodi hujung minggu lalu turut menceritakan sedikit sebanyak tentang isteri baru ND Lala iaitu Siti Munirah selain ingin mengetahui tarikh sebenar mereka berdua berkahwin.

Saya nak tahu juga bila tarikh yang tepat dia berkahwin. Saya bersangka baik sebab budak ini saya dah anggap macam anak sendiri. Masa dia kahwin dengan suami kita pun kami masih keluar pergi makan, berjalan dengan dia. Apa sahaja majlis memang dia sentiasa ada.

Kami tak tahu pun mereka berkahwin, tak tahulah macam mana mereka sorok. Ketika dia sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima dia balik makan dekat rumah kita, kadang-kadang berjalan dengan dia ke sana ke mari. Dia lebih rapat dengan saya berbanding dengan Shila.

Malah, anak-anaknya juga berasa kecewa dengan sikap ND Lala kerana memilih wanita berkenaan sebagai isteri.

Saya ada mesej budak ni tetapi dia baca dan ada ‘bluetick’. Mereka suami isteri, setiap kali saya mesej memang tak pernah balas tetapi mereka ada baca.

Salah seorang anak saya cakap kalau dia nak kahwin, kahwin dengan orang yang tak kenal bukan dengan budak ini. Kalau orang lain yang datang mungkin kita boleh terima, tapi dengan budak ini tak mungkin. Anak-anak saya kecewa.

Dalam pada itu, Fauziah berkata bahawa dia tidak mampu memaafkan bekas suami dan Siti Munirah kerana perasaan ralat dan sikapnya yang sanggup membuang anak-anak sendiri.

Secara jujurnya memang saya tak boleh nak maafkan kedua-duanya buat masa sekarang. Kalau boleh berjumpa pun saya tak nak.

Marah sikit tu mestilah ada, memaafkan pun tidak sebab saya dah tak nak ambil tahu. Demi Allah dah tak rasa apa-apa cuma ralat. Bukan sahaja dia buang saya tapi dia buang anak-anak.

Sekadar info, ND Lala dan Fauziah telah bercerai talak satu sekitar awal bulan Ogos lalu menerusi aplikasi WhatsApp.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Sebab Dia Berada Di Tempat Yang Lebih ‘High’” – Mamat Exist Disoal Tidak Sertai GV, Nabil Ahmad & Jihan Dikecam Gurau Melampau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...