Penceraian merupakan satu perkara yang ditakuti buat setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga dan ramai cuba elakkan dari berlaku.
Bagaimanapun, jika pasangan tersebut telah ditakdirkan untuk tidak bersama hingga akhir hayat, mungkin perpisahan adalah jalan terbaik agar sama-sama dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia.
Seperti pasangan suami isteri di TikTok ini, mereka membuat keputusan untuk berpisah setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.
Menerusi perkongsian video si isteri, ia memaparkan video perpisahan bersama suami ketika berada di mahkamah serta mengakui ikhlas dengan apa yang telah berlaku.
Biarpun masih mempunyai perasaan sayang, namun disebabkan tidak mempunyai persefahaman yang sama mereka membuat keputusan ini dan mendoakan kebahagian antara satu sama lain.
Lebih menyedihkan, si suami meninggalkan komen di ruangan komen dengan mengatakan wanita tersebut merupakan isteri yang baik sepanjang mereka bersama serta mendoakan wanita ini bertemu jodoh yang boleh menjaganya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat wanita itu dan ada juga yang berkata mungkin perpisahan ini merupakan jalan yang terbaik buat mereka berdua.
Difahamkan, wanita terbabit telahpun memadam video perpisahan terbabit dari laman TikToknya atas sebab-sebab tertentu.
i