Adik Heliza Helmi Dilamar Jadi Isteri Shuib? Ini Jawapan Hazwani Helmi

Hiburan

Adik Heliza Helmi Dilamar Jadi Isteri Shuib? Ini Jawapan Hazwani Helmi

Masih lagi menjadi misteri nampaknya mengenai siapakah bakal calon isteri kepada Shuib.

Namun, baru-baru ini tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi telah dikaitkan dengan usahawan duda anak empat itu.

Advertisement

Berikutan itu, Hazwani yang ditemui sebuah media tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut yang dianggapnya sebagai tidak benar dan tiada asas.

Akui Hazwani yang juga seorang penyanyi dan pelakon, dia berasa terkejut dan menganggap Shuib juga begitu kerana mereka berdua tidak pernah berjumpa mahupun berhubung.

 

Terkejut macam mana wujud gosip itu. Memang tak benar sama sekali. Tertanya juga bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni. Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul.

Jelasnya lagi, dia mengenali Shuib sebagai pelawak dan artis namun tidak secara peribadi.

Dalam pada itu, Shuib ambil maklum mengenai khabar angin tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak mengenali Hazwani secara peribadi.

“Saya tidak pernah berjumpanya (Hazwani). Jadi macam mana pula kami boleh dikaitkan?” komen Shuib.

Sementara itu, Hazwani berharap netizen di luar sana menapis terlebih dahulu sebarang berita yang didengari di media sosial.

Perkembangan lain, Hazwani bersama kakaknya, Heliza dilaporkan bakal membintangi sebuah filem terbaru iaitu Road To Heaven yang akan menjalani penggambaran di Palestin pada bulan Jun nanti.

2 years ago

Ramai Teka Wanita 'Misteri' Dipeluk Anak Shuib Dalam Video Adalah Wan Sharmila, Betul Ke?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...