Ramai Teka Wanita ‘Misteri’ Dipeluk Anak Shuib Dalam Video Adalah Wan Sharmila, Betul Ke?

Hiburan

Ramai Teka Wanita ‘Misteri’ Dipeluk Anak Shuib Dalam Video Adalah Wan Sharmila, Betul Ke?

Perkongsian video anak Shuib, Dzahira Talita Zahrah melalui Instagram Allahyarham Siti Sarah mendapat perhatian ramai netizen.

Rakaman itu menunjukkan Talita berpelukan dengan seorang wanita yang tidak dapat dilihat dengan jelas wajahnya. Katanya yang mesra dengan panggila Dekta, wanita itu adalah aunty kesayangannya yang rajin melayaninya.

Advertisement

Video itu menimbulkan tanda tanya dan menerusi ruangan komen, nama pelakon Wan Sharmila paling banyak disebut-sebut oleh netizen.

Apatah lagi, kapsyen ditulis dikatakan seolah-olah memberikan hint bahawa wanita itu mempunyai hubungan rapat dengan anak-anak Shuib.

Tampil memberikan penjelasan, kata pelakon berkulit sawo matang itu pada awalnya dia tertanya-tanya apabila namanya banyak disebut netizen.

Namun,dia sendiri terkejut apabila melihat video tersebut dan mengakui wanita misteri berkenaan mirip sepertinya.

Saya sendiri tengok pun terkejut sebab memang persis saya.”

Bagaimanapun, katanya yang mesra disapa Lala, wanita itu bukanlah dirinya.

Katanya lagi, dia tidak menolak wanita tersebut ada persamaan dengannya dari segi fizikal namun tidak menyangka ada yang sampai periksa begitu teliti.

Saya ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya.”

Sendiri tengok pun rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap. Tapi kelakar juga sebab ada yang sampai periksa kuku jari untuk buktikan wanita itu adalah saya.”

Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu juga sempat berseloroh,

Kalau Shuib cari jodoh, ramai lagi wanita yang elok-elok (cantik) di luar sana. Apa yang ada pada Wan Sharmila ini?”

Selain Lala, nama selebriti lain disebut oleh netizen adalah Sharifah Rose dan Anzalna Nasir yang menjadi model jenama tudung milik Allahyarham baru-baru ini.

Dzahira Talita
2 years ago

(VIDEO) Anak Siti Sarah Peluk Wanita Misteri, Netizen Syak Bakal Ibu Tiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...