Penyanyi dan personaliti media sosial, Kelly Azman memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sering mengirim mesej berbaur lucah kepadanya menerusi media sosial.
Ujar Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob,40, dia ada menerima mesej lucah melampau daripada seorang individu di Instagram sejak minggu lalu.
Dari minggu lepas lagi saya dah perasa DM daripada individu ini, sebelum ini pun ada dapat mesej tapi tidak melampau begini.
Saya rasa tak adillah bila ada fake akaun buat saya macam ni, lepas tu mengaitkan tentang seksualiti. Kalau boleh janganlah buat begini pada saya, saya ni orang kenal. Kalau orang ingat betul, saya yang malu.
Kelly yang popular dengan lagu Dustakan Cinta itu merasakan bahawa individu itu adalah pemilik akaun palsu yang dibuat semata-mata untuk menjatuhkannya.
Hentikanlah! Saya suspek orang sekeliling juga buat fake akaun, mungkin nak bergurau tapi tak eloklah untuk mental dan fizikal saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.