“Saya B*doh, Tak Mampu!” – Bapa Mondy Mohon Maaf Pada Ebit Lew, Bingung Dengan Kelakuan Anak Sendiri

Kehidupan

“Saya B*doh, Tak Mampu!” – Bapa Mondy Mohon Maaf Pada Ebit Lew, Bingung Dengan Kelakuan Anak Sendiri

Bapa kandung kepada pensohor media sosial Mondy Tattoo semalam tampil memohon maaf di atas keterlanjuran anaknya itu terhadap Ebit Lew.

Bapa Mondy itu yang dirakam melakukan live TikTok bersama pendakwah Indonesia dan juga kawan baik Ebit, Ustaz Derry Sulaiman dilihat menangis hiba dan kesedihan.

Advertisement

Saya mohon maaf atas tingkah laku tutur kata tidak sopan (Mondy). Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang telah membantu keluarga saya.

Saya sebagai orang bodoh, tidak mampu, mohon maaf atas perlakuan Mondy. Mungkin anak saya dalam tekanan atau diguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Ujar lelaki itu lagi, dia ada bercakap dengan orang yang membawa Mondy ke Malaysia dan telah diminta untuk tidak risau dan berasa khuatir.

Dia dalam pada itu turut meminta bantuan Ustaz Derry memandangkan dirinya tidak mampu untuk membuat passport ke Malaysia untuk membawa pulang Mondy.

Ustaz DerrySumber : TikTok  

Saya jadi bingung, bagaimana caranya ustaz sedangkan saya tidak mampu untuk buat passport, cucu saya juga anak Mondy lagi. Saya kurang mampu, tak punya apa-apa.

Terdahulu, Mondy ada membuat pendedahan di mana dia mendakwa Ebit Lew telah memaksanya untuk berlakon menjadi alim dan melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

Gara-gara pendedahan Mondy dalam sebuah podcast yang dianjurkan penyanyi Caprice itu, Ebit Lew mengambil tindakan saman terhadap Caprice dan Mondy.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz Derry
7 months ago

"Agamawan Tak Takut Fitnah" - Ustaz Derry Dakwa Mondy Ada Kirim WhatsApp, Caprice Dedah PDRM Dah Rampas 'Phone'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...