Atlet Olimpik Tokyo Kongsi Keadaan Katil Diperbuat Daripada Kotak

Trending

Atlet Olimpik Tokyo Kongsi Keadaan Katil Diperbuat Daripada Kotak

Umum mengetahui negara Jepun memang terkenal dengan budaya mereka yang menjaga alam sekitar dan menghasilkan barang-barang ‘mesra alam’.

3 years ago

Pingat Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula, Jawatankuasa Olimpik Nasihat Atlet Henti Gigit Pingat

Advertisement

Pun begitu, penganjur Suka Olimpik Tokyo 2020 telah menyediakan beberapa fasiliti salah satunya ialah tempat tidur. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah katil yang disediakan itu diperbuat daripada kotak. Wow, macam menarik!

Katil itu diperbuat daripada bahan dikitar semula dan menjadi tempat tidur pertama di temasya tersebut yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan boleh dikitar. Kerajaan Jepun sangat mementingkan keselamatan bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan atlet.

Seorang atlet daripada Afrika Selatan, Brandon Valjajo terkejut apabila melihat katil untuk atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020 diperbuat daripada kotak.

Macam-macam pengalaman yang dikongsikan oleh atlet-atlet Sukan Olimpik Tokyo tentang katil ‘mesra alam’ yang disediakan oleh pihak penganjur. Jika dilihat, ketahanan katil itu bergantung kepada tahap penggunaan individu masing-masing.

Pihak penganjur menyediakan fasiliti sedemikian demi menjamin kebersihan persekitaran dan untuk mengelak daripada tersebarnya wabak Covid-19 sepanjang Sukan Olimpik berlangsung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...