Pingat Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula, Jawatankuasa Olimpik Nasihat Atlet Henti Gigit Pingat

Trending

Pingat Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula, Jawatankuasa Olimpik Nasihat Atlet Henti Gigit Pingat

Sudah menjadi kebiasaan untuk segelintir atlet menggigit pingat yang dimenangi dalam mana-mana acara sukan tak kira di dalam mahupun luar negara. Menerusi acara Sukan Olimpik Tokyo 2020, kelihatan ramai para atlet menggigit pingat yang dimenangi sebagai tanda kegembiraan mereka.

Menerusi laporan Astro Awani, Jawatankuasa Olimpik menyarankan para atlet untuk tidak menggigit pingat mereka kerana ianya diperbuat daripada barangan terpakai iaitu telefon bimbit kitar semula.

Advertisement

“Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo 2020 tidak boleh dimakan”

Menurutnya, kesemua pingat diperbuat daripada alat elektronik dikitar semula yang disumbangkan oleh masyarakat Jepun.

Kebiasaan itu menimbulkan kebimbangan di media sosial dan pihak penganjur Tokyo 2020 telah mengingatkan bahawa hadiah kemenangan tidak seharusnya digigit.

“Anda tidak perlu menggigitnya tetapi kami tahu anda juga akan melakukannya”

altet sukan olimpik

Sumber : Twitter Tokyo2020

Jepun terkenal dengan sikap masyarakat mereka yang sentiasa menjaga persekitaran dan cara ini merupakan salah satu cara mereka untuk mengurangkan pencemaran.

Semoga pada masa akan datang tabiat ini dapat dielakkan demi menjaga kebersihan diri dan persekitaran sekeliling.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...