Atikah Suhaime Enggan Kelihatan Seperti Nur Fazura

Hiburan

Atikah Suhaime Enggan Kelihatan Seperti Nur Fazura

Pelakon dan model Atikah Suhaime sudah biasa disalah sangka sebagai pelakon popular Nur Fazura Sharifuddin. Ini kerana mereka berdua kelihatan serupa.

Sekali di sebuah lapangan terbang, ada yang menyangka dia Fazura dan mula memanggil nama Fazura. Memberitahu NST Online:
 photo cantik.jpg

Advertisement

Saya dengar mereka berbual sesama sendiri, “Oh my God, itu Fazura’. Kemudian mereka mula panggil saya Fazura! Fazura! mereka sangat teruja jadi saya beritahu mereka perkara sebenar.

Atikah yang dilahirkan di Tampines, Singapura menambah yang dia sering menukar gaya rambutnya untuk mengelakkan dari disangka Fazura.

Jangan salah anggap. Saya minat Fazura. Sekiranya saya bukan seorang pelakon, saya tak kisah disamakan dengan dia. Tetapi sebagai aktres saya perlu mempunyai penampilan dan imej sendiri. Jadi saya cuba untuk ubah sedikit stail rambut saya.

Dalam perkembangan lain, Atikah yang berusia 25 tahun itu akan muncul dalam satu drama 25 episod berjudul Ella Fitri di tonton.com.my, memegang watak sebagai seorang pelajar kolej yang menyiasat misteri yang menyelubungi kampusnya.


 photo 232247vgjg100o4i16z774.png
Memang ada cakap-cakap di Internet bahawa Atikah kelihatan seperti Fazura. Jadi cuba mengubah stail untuk kelihatan berbeza mungkin sesuatu yang baik kerana Fazura diketahui tidak suka gayanya ditiru.

JKKN merakamkan ucapan TAHNIAH kpd semua ahli, delegasi dan jurulatih PERMATA Tari (PST) & PERMATA Seni Remaja Tari…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 5 January 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...