Written by AbangNara | January 20th, 2014

Terkejut besar Abang Nara membaca apa yang telah berlaku antara Hanez Suraya dan Nur Fazura di sisipan BiPop semalam. Iyerlah, pasti terkejut apabila secara tiba-tiba akses kepada akaun Instagram Fazura disekat tanpa apa-apa penjelasan. Lagi memelikkan (ada ke perkataan ini?) Hanez memaklumkan yang sepanjang pengetahuannya, tiada masalah antara dirinya dan Fazura.

hanez dan fazura gaduh

Adakah sedang berlaku “perang dingin” antara kedua-dua selebriti jelita ini? Abang Nara rasa ini semua hanyalah salah faham yang kecil. Mungkin perkara ini terjadi apabila ada peminat yang mendakwa Hanez Suraya meniru gaya dan imej Nur Fazura. Kesian juga Abang Nara kepada Hanez. Pasti terkejut dengan situasi ini. Kata Hanez:-

Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada saya, dia akan pertahan dan perbetulkan saya. Tapi saya difahamkan gambar beserta keterangan yang menjadi sensasi itu sudah pun dipadamkannya.

Selama ini pun kami saling mengikuti di laman Instagram (IG), cuma baru-baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu. Kalau ada masalah antara kami, boleh bawa berbincang atau ditegur secara baik. Apa puncanya hingga jadi begitu andai benar kenyataannya itu memang menyindir saya.

hanez dan fazura gaduh

Hanez Suraya juga ada penerangan mengenai imejnya yang dikatakan meniru Fazura. Terang Hanez:-

Berdasarkan apa yang ditulis kononnya ada wanita yang suka meniru gaya dan fesyennya, saya rasa sebelum ini pun saya juga gemar berfesyen tetapi kenapa pula sekarang perlu disensasikan?

Kalau nak kata saya suka pakai tas tangan Chanel, golongan perempuan kebanyakannya gemarkan pelbagai jenama tas tangan. Jadi apa yang saya tiru sebenarnya?

hanez dan fazura

Ada logiknya penjelasan Hanez Suraya itu. Hmmmm. Abang Nara rasa kalau nak selesaikan masalah ini, kedua-dua selebriti ini perlu bertentang mata. Tak manis rasanya ber”perang dingin” sebegini. Kedua-duanya pun ada peminat yang ramai. Namun itu hanyalah cadangan Abang Nara. Perkara yang sebenar terjadi, hanyalah mereka berdua sahaja yang tahu.

P.S: Meja yang membiaskan cahaya bergemerlapan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

120 responses to Akses Instagram Disekat, Hanez Suraya Mahu Berbincang Dengan Fazura

  1. ecah says:

    fazura —>neelofa
    neelofa —>tashashilla
    neelofa —> anzalna
    fazura —>hanezsuraya
    sapa lagi gaduh haritu? ahhahaha

    • Aloha says:

      fazura —>fasha masa zaman fasha meningkat naik berebut ”
      fazura —>dinaz masa zaman cite ezora jeles dengan dinaz
      fazura —>marion berebut ” tapi marion bolayan very classy
      fazura —>neelofa jeles dan berebut ”
      fazura —>hanez sbb hanez muka cantik n seiras dia maka pangkah kwn tu

      Pendek kata fazura jenis mmg org tak boleh lebih dr dia..dlm insta hipokrit je +ve tu huhu

  2. nil says:

    semua ini POYOOOOOOOOOOOOOOO…! artis dlu2 tak sibuk pun kalau ada sesama sndri yg tiru satu sama lain…errgggg…!cer tengok connie (norlida ahmad) & kak ogy zaman dlu,..rambut diorg seakn2 sama je…style rambut nora (isteri johan nawawi) pun rasanya mcm kak ogy…dlu ..tapi takde pun kecoh2…ramai yg tiru gaya Micheal Jackson & Elvis Presley tapi takde lak semak samun mcm diorg 2 ni. aku dlu pun suka tiru gaya kak ogy,…takde sape yg nk marah. aku rasalah,..kalau salah sorg berhijab..dan sorg lagi ikut juga,..aku tak tahu lerr..nk kata apa…takkn nk mengamuk juga kut,kan. tiru je pun tak luak lauk tu..peah oii…tiru gaya yg tak menguntungkan buat pe?…
    abang nara pun cuba ler..cari publisiti yg membangun sikit..publisiti murahan yg menjatuhkan suka sgt jadikan statement…tak pasal2 semua dpt dosa.

  3. miss K says:

    jap2…nie gado pasal tiru wat idong ke..ahaks…aku rase fazura nie ade bela jin laa. something je…lady gaga wat lex je DIDI ALIAS tiru die…kakak2 nurse 2 baju dorg same je.xde pulak gado sape tiru sape…sume 2 ilusi ko je 2 fazura…jgn sbb isu bodo nie ko hilang peminat suda..

  4. tati says:

    fakezura ni mmg suke sekat ig n komen org, kalo bleh sume nak komen yg puji2 jer. poyo perasan bagus sgt dasar kertu

  5. saja saja says:

    SITI NURHALIZA YANG MUKA NYA SAMA DGN RAFIDAH IBRAHIM TU X DER PULAK NK SENTAP-MENYENTAP. SIAP JADI COVER MAJALAH SAMA-SAMA LAGI. APA NI SEMUA FAZURAA?????

    ADOIYAIII.

  6. kertu says:

    Hahaha…ala..hanez nih nk berlagak innocent ..konon2 kne pijak ngn fazura..xkn korg x prasan!kalo kne block pon ntah btol ke x…kalo kne block pon perlu ke nk hebohhh..daaaa

  7. THE CONJURING says:

    kesian Hanez..sabar ok.
    tengok Lisa Surihani…ada ramai followers still down to earth, mekap pun simple…kelulusan law oversea lagi..tak adanya berlagak diva ke apa…sebab tu ramai orang suka, lepas kes Fazura-Hanez ni baru aku terfikir kenapa Lisa Surihani ramai org suka..rupa2nya perangai yg jadi penentu.

  8. milah sirus says:

    stacy tiru miley cyrus..miley cyrus ckp ‘ok bah kalau kau’…takde pun nak sentap

  9. kak bedah says:

    kak bedah suka dua2.faz suka, hanez pun suka
    tayahla hanez nk jumpa2 fazura tu.lantak la dia nk block ke ape.IG dia,dia pny psl
    lepas dh block klau masih nk kata tiru dia lagi, barulah logic nk confront ke ape.
    biar jelah.jgn buang masa anda.cari job byk2.peminat pun dah tau menilai mana elok mana x.

  10. HakunaMatata says:

    Suka hati fazura la nak block sapa pun..dah instagram dia..hak dia la..hahahaha..hanez ni pun satu isu kena block dr instagram pun nak kecoh satu malaysia..bukan habis pun beras kat rumah kalau fazura block instagram kau kan..haiiii tak paham..tak pahamm…