Atas Dakwaan Memfitnah, Tan Sri Abdul Kadir Saman Aliff Syukri RM70 Juta

Kehidupan

Atas Dakwaan Memfitnah, Tan Sri Abdul Kadir Saman Aliff Syukri RM70 Juta

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri pada tahun lalu ada memuat naik satu hantaran di Instagram Story menuntut seorang bekas menteri yang bergelar Tan Sri melangsaikan hutang berjumlah puluhan juta.

Tidak mendiamkan diri, bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah menuntut semula sejumlah wang RM70 juta atas dakwaan memfitnah.

Advertisement

Mengundang komen negatif

Melalui laporan Berita Harian, Tan Sri Abdul Kadir berkata Aliff telah memuat naik kenyataan berbaur fitnnah yang mengundang komen negatif daripada netizen.

Selain menuntut RM70 juta, bekas menteri itu turut meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah dan perintah supaya usahawan itu memberi aku janji bertulis untuk tidak menyiarkan lagi sebarang fitnah terhadapnya serta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial Aliff.

Sekadar info, Mahkamah Tinggi telah menetapkan perbicaraan kes saman itu selama tiga hari pada awal 2026.

Aliff syukri tan sri abdul kadir
10 months ago

“Kalau Tak Selevel Kenapa Minta Saya Bantu?” - Aliff Syukri ‘Perli’ Kenyataan TS Abdul Kadir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...