Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila bekas penyampai Suria FM, Fizi Ali mengambil keputusan secara drastik meninggalkan stesen radio itu disaat-saat akhir selepas enam tahun berkhidmat di situ.
Selepas berhijrah ke stesen radio lain, nama Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin kembali menjadi sebutan apabila dia dikatakan membuat lawak hambar mengenai kekurangan yang ada pada rakan penyampai radio iaitu Fad Bocey.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hot FM di laman rasmi Facebook, dia mendakwa sudah mengetahui serba sedikit mengenai Fad selepas hampir dua minggu bertugas di konti tersebut.
Kau ni muka gangster tapi kau minum air coco, tak minum kopi. Muka kaki pukul tapi takut pocong. Kaki langgar tapi takut katak!
Walaupun diketwakan dan menjadi bahan lawak, Fad dilihat tenang dan tidak kisah dibahan oleh Fizi, malah dia juga turut membahan dirinya kerana takutkan isteri.
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat tidak memahami lawak yang cuba disampaikan oleh Fizi dan mengecam tindakannya kerana menjadikan kekurangan seseorang sebagai bahan jenaka.
Apa yang kelakar? dekat mana punchline nya? ke saya dah hilang sense of humor? – netizen.
“Duduk bahan pocong lah, bahan muka orang lah… at least orang tu ada bini, setia dengan bini… fad bahan kau, mahu sentap kut,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.