Masih lagi mengenai kekecohan isu tarik diri Fattah Amin dari rancangan hiburan MeleTOP malam tadi. Ramai yang mendakawa pelakon popular itu sebenarnya tidak berani untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa yang merupakan hos rancangan tersebut dan siap “demand” agar Neelofa tidak mengendalikan segmen pertama MeleTOP.
Namun, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menafikan dakwaan liar itu dan mengakui Fattah sejujurnya mempunyai urusan kecemasan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum siaran langsung.
Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive. Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang. Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan.
Menurut Emrina lagi, Fattah masih sanggup menerima undangan produksi MeleTOP meskipun jadual kerjanya agak padat. Astro juga ingin meminta maaf mengenai beberapa status yang dimuat naik sehingga mengundang rasa tidak puas hati serta perbalahan netizen.
Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung. Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran.