“Aslam Bukanlah Orang Boleh Berpoligami, Saya Nampak Dia…” – Abby Abadi

Hiburan

“Aslam Bukanlah Orang Boleh Berpoligami, Saya Nampak Dia…” – Abby Abadi

Agak lama mendiamkan diri di sebalik kekecohan kontroversi yang melibatkan anak gadisnya Marissa, pelakon dan penyanyi Abby Abadi akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai situasi itu.

Ujar Abby, lelaki yang dikaitkan dengan Marissa iaitu Aslam bukanlah seorang lelaki yang layak menjalani kehidupan poligami.

Advertisement

Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami, saya tidak nampak dia berkemampuan.

Perkara itu diberitahu ketika sesi temu bual Abby bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini.

Kongsi Abby lagi, dia ada bertemu dengan Aslam namun segalanya tidak berjalan dengan lancar kerana kurang senang dengan pilihan Marissa untuk bernikah di usia yang muda.

Keluarga tidak tahu Marissa berhubung dengan Aslam. Anak yang saya jaga dari kecil, dahulunya saya nampak tidak seperti sekarang.

Saya rasa ada sesuatu yang membuatkan dia berubah 360 darjah. Kami sehabis baik menjaga dia. Tidak tahu kenapa dia boleh melakukan perkara sampai tahap begini. Ini di luar jangkaan saya dan papanya (Norman).

Terdahulu, nama Marissa menjadi sorotan warga maya setelah dia didakwa sudah bernikah dengan Aslam yang juga bergelar suami orang di Songkhla, Thailand.

Perkara itu turut disahkan kakak ipar kepada Aslam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

marissa
10 months ago

"Buat Salah Macam Mana Pun, Anak Tetaplah Anak" - Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...