“Buat Salah Macam Mana Pun, Anak Tetaplah Anak” – Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen

Hiburan

“Buat Salah Macam Mana Pun, Anak Tetaplah Anak” – Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen

Satu perkongsian video daripada pelakon Abby Abadi di laman Instagram miliknya telah mengundang pelbagai respon dalam kalangan warga maya.

Dalam video tersebut,  keluarga besar Abby difahamkan sedang berkumpul bersama-sama  keluarga bekas suami, Norman Hakim dan pasangan berserta anak-anak untuk satu majlis.

Advertisement

Kemunculan Marissa jadi tumpuan

Turut kelihatan, anak gadis Abby dan Norman, Marissa Dania yang sebelum mencetuskan kontroversi yang kurang enak beberapa minggu lalu.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila Abby Abadi dilihat memeluk erat dan mencium pipi Marissa ketika sesi bergambar.

Mengenakan jubah coklat, Marissa juga tidak melepaskan peluang memeluk adik-adiknya ketika memenuhi jemputan menikmati promosi ‘buffet’ Ramadan di sebuah hotel terkemuka.

Netizen sebak layanan keluarga terhadap Marissa

Norman yang ada bersama turut dirakam menyuap anak perempuannya itu dengan makanan.

Video itu kemudian menuai pelbagai respon dan rata-ratanya membuatkan hati netizen sebak dan menyifatkan kedua-dua selebriti itu sebagai ibu bapa contoh.

Kata netizen, meskipun anak terlibat dalam isu yang tidak diingini, mereka reda menelan segala kata-kata serta tohmahan masyarakat terhadap Marissa berikutan kontroversi perkahwinan dengan suami orang di Thailand baru-baru ini.

Mak dan ayah yang hebat. Ini contoh paling baik tetap menyayangi anak mereka. Mereka tahu anak adalah amanah Allah SWT. Tidak kira berapa ramai yang mengecam, mereka tidak kisah betapa buruk di mata manusia, namun tidak di sisi Allah.

Terdahulu, Marissa menjadi tumpuan warga maya setelah dia didakwa bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand bersama seorang lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.

Kakak ipar Aslam, turut mengesahkan bahawa adik iparnya itu telah bernikah kali kedua pada 27 Disember lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Masya aslam
8 months ago

(VIDEO) “Kenapa Perlu Ada Yang Ketiga” - Aslam Dan Isteri Pertama Dirakam Makan Semeja, Netizen Persoal Di Mana Marissa

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...