Asfan Shah Sudah Berbaik Dengan Bil Azali

Hiburan

Asfan Shah Sudah Berbaik Dengan Bil Azali

Sekitar tahun lepas, penyanyi Asfan Shah yang pernah popular dengan lagu Terhenti Disini telah ditumbuk oleh adik iparnya yang merupakan seorang pelakon iaitu Bil Azali.

Advertisement

Menurut beberapa sumber, Bil tidak berpuas hati dengan cara Asfan yang tidak menjaga hati kakaknya itu dengan baik dan masih berlagak seperti orang bujang meskipun sudah berkahwin.

Malah, Bil mengakui beliau mempunyai segala bukti yang menunjukkan Asfan mengabaikan isteri dan anak-anaknya.

Terbaru, Asfan memberitahu hubungan beliau dengan Bil sudah kembali jernih dan mereka tidak lagi membangkitkan isu pergaduhan tersebut demi menjaga aib kedua-dua pihak.

Tiada lagi isu dengan Bil berkaitan perkara itu. Hubungan kami kembali akrab dan tiada apa yang perlu diungkit lagi.

Didalam hubungan kekeluargaan, kadang-kadang akan timbul salah faham juga. Ada sebab mengapa insiden antara Asfan dan Bil bergaduh, apa perkara sebenar disebalik semua yang berlaku hanya mereka yang tahu dan baguslah kalau mereka sudah berdamai. Tak best kalau lama bermasam muka dengan ahli keluarga lama-lama.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...