ASB Umum Agihan Pendapatan 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

Berita

ASB Umum Agihan Pendapatan 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

Setiap hujung tahun, para pelabur Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pastinya menantikan pengumuman jumlah agihan pendapatan dibuat oleh syarikat pelaburan itu.

Semalam, ASNB telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan diperolehi para pelabur bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak 5.00 sen seunit.

Advertisement

Dimaklumkan bahawa pengagihan menerusi anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

Pengumuman itu telah dibuat Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria menerusi sidang media secara maya, semalam.

Sehubungan itu, sebarang urus niaga bagi unit ASB akan ditangguhkan bermula Khamis,23 Disember sehingga 2 Januari 2022 ini.

Pemegang dan pelabur unit ASB boleh menyambung urus niaga mereka bermula pada tarikh 3 Januri 2022.

Latiff NADMA
2 years ago

"Dakwaan NADMA Tidak Terlibat Dalam Pengurusan Banjir Kerana Kos Tinggi Tidak Tepat!" - Datuk Dr. Abd. Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...